Saturday, June 25, 2011

Langkah Lebih Sirius

Bismillah.........

Assalamu'alaikum...

Kali ni kami amik langkah lebih sirius sebab takut kematian lebih byk atas anak2 itik kami..kwn aku dah mula buat runag yang lebih besar supaya anak2 itik ni lebih selesa tp xmampu nak buat bumbung lagi huhuhu....dan esoknya mati lagi sekor....lepas tu keadaan dan semakin ok sebab hujan dan kurang dari hari biasa.





aku amik cuti hari khamis sebab nak buat yg terbaik kat anak2 itik ni, nak selamatkan depa..
aku mintak nasir guna duit simpanan dia dulu  untuk buat reban itik sebab aku pon dah pokai guna duit sendiri.

Bermulanya Projek Itik Telur

Bismillah...

Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah topik kali ni aku nak cerita sikit aku mulakan penternakan itik telur ni. Aku mula contact agen pengedar anak itik telur ni, aku dela nak jumpa dengan apek tu. Lepas aku blk dari keja aku terus pi kat apek tu nak tgk anak itik dan nak tanya kat dia sama pasal pasaran telur itik ni, dari cara dia cerita tu mmg sgt teruja aku dengar hehe ayat dia yg paling best "lu bela itik ni setahun ja, lu hidup senang wooo" hahaha...
pada mulanya aku pi tgk anak itik tu apek tu tawarkan aku harga anak itik betina dgn harga RM4 seekor, pergh mahal gilaaaa, kalau beli 100 ekor dah RM400, tapi aku ckp nak amik byk ekor dia bg la harga RM3.80 tp aku tak kompom lagi bila nak amik anak itik tu sebab aku bukan ada duit lagi masa tu, tp apek tu sangat2 kalut orgnya, ada ka patut dia suruh aku amik hari tu jugak itik tu, mana aku nak cekau duit dah la tempat nak bela itik pon xda lagi.
aku bgtau apek tu, nanti aku ada duit aku oder la, dia mintak aku amik mggu depan (kalut betoi apek ni!!)kau berkeras dgn apek tu, "nanti aku ada duit aku oder laaa!!" apek tu pon ok jer haha...
lepas tu aku mula call kwn aku si Nasir ni, aku ckp nak jumpa dia nak bincang pasal bisnes ni dia ada tapak kalau nak buat projek ni. malam tu kami jumpa dan bincang nak buat projek ni kat tanah mertua dia dan aku mintak dia tanya mertua dia boleh ke x nak buat projek ni kat sana.
keesokan harinya dia msg aku dan bgtau boleh buat projek tu kat tanah mertau dia kat Tualang xjauh la dengan tempat kerja aku.. 
hari jumaat aku cuti, aku pi tgk tapak projek tu, mmg semak giler tapak tu penuh dengan daun2, sampah dan berbagai jenis pokok buah2an. .tgk ni...


 
 


ha tgk tu teruk tak nak kena bersihkan tempat tu...kami pon mulakan kerja membersihkan tempat tu, penat woooo...
nak dipendekkan cerita, aku call member yg keja kat Bank Rakyat, aku nak apply loan sebanyak RM5000 untuk modal permulaan sebab kami plan nak ternak 600 ekor, lepas dah apply loan aku pon comfirm harga dengan apek itik tu, dia dapat bagi harga sekor RM3.60..boleh la tu..aku yakin dalam masa 3 hari loan aku akan lulus. tp apa boleh buat loan aku lambat dapat kelulusan dan apek mendesak aku supaya amik itik kat dia secepat mungkin sbb dia xlarat nak bela dah. aku xda duit camana nak beli kat dia huhuhu..mujur kwn aku pinjamkan aku Rm1000 jd bolehla aku amik 300 ekor dulu itik tu..
lepas kerja aku bawak blk itik tu kat tapak projek, yg sedihnya kami xbuat reban lagi untuk itik2 tu, risau gak sbb itik2 tu masih baby2 lagi..kami sumbat dalam reban sementara yg sangat kecil. ha nila reban tu penuh kedaifan :(...

yang lagi sedih..esok dan sehari selepsa tu hari hujan dan anak itik sudah arwah 4  ekor sebab air masuk dalam reban tu...mmg sedih sbb loan masih xlulus lagi...sedih wooooo...

ok sambung ke topik seterusnya...

Permulaan Menternak Itik Telur

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Alhamdulillah..tujuan aku buat blog ni sebab nak share dengan korg semua pasal permulaan penternakan itik telur...jenis itik telur yang kami (aku buat dengan kwn baik aku) ternak adalah jenis White cherry Velly.
Ikutkan apa yang aku buat kajian sikit2, potensi itik ni utk bertelur adalah seekor 275-280 biji telur setahun...kalau nak cara mudah kira 280biji X RM0.45 = RM126 setahun...jadi seekor dpt income byk tu laa...kalau ternak banyak dpt byk la kan...Alhamdulillah la parasan telur itik sekarang ni mmg mendapat sambutan yg menggalakkan berbanding tahun sebelum 2009 dulu ni..
aku nak cerita sikit camana aku boleh minat ternak itik ni...bermula dari abg ipar aku,aku pi rumah dia tgk dia ternak itik ni suka2 ja katanya,dia ternak dalam 100 ekor...nampak sgt menarik dan tertarik minat aku nak bela gak, rasa tenag ja kepala otak tgk itik2 tu main dlm kolam,aku tny la abg aku buat apa bela itik2 ni...dia kata suka2 ja dan telur tu boleh jual,sebenarnya aku baru tau itik ni telur tiap2 hari hehe...dari situ la aku sgt2 berminat nak ternak itik ni secara besar-besaran.balik ja dari rumah abg ipar aku,aku terus bukak internet cari  info pasal penternakan itik telur ni, mmg menarik sgt info yg aku dpt dari berbagai2 blog yg telah aku baca dan kaji..seminggu lepas tu bermulalah projek aku yang aku idam-idamkan sgt...ok aku sambung pada topik yang akan datang yer... Assalamualaikum..!

Friday, June 24, 2011

Pengenalan Diri :)

Bismillah....

Assalamu'alaikum....
Sebagai permulaan aku nak memperkenalkan diri aku dan nak perkenalkan siapakah FIRNAS simple jer pon nama tu(pulun x aku? hehe)...sebenarnya nama tu ganbungan nama aku dgn kwn baik aku daaa....ok xpa aku mulakan dgn diri aku dulu.
Nama aku Mohd Firdaus Bin Mat Akhir, berasal dari Kubang Rotan, Alor Setar Kedah. umur aku sekarang (25jun2011) 23 tahun. pendidikan tertinggi di Maahad Tahfiz Darul Quran. dan sekarang bekerja di Jabatan Zakat Negeri Kedah. baru bertunang dan bakal berkahwin tahun depan InsyaAllah heeee...






Ok kawan aku pulak...Nama dia Mohd Nasir Bin Abd. Raof, dia tinggal tak jauh la dengan rumah aku, kat Kuala Kedah jer. umur sama dengan aku beza sehari ja sbb tu yg baik sgt tu hehe...skrg dia sedang belajar lagi kat Insaniah bidang Tahfiz gak buat ijazah kat situ. Tp yang aku xpuas hati, dia dah kawen huhuhu dengan Siti Fatimah Binti Mohd Zain. dah mengandung 6 bulan Alhamdulillah..




Dari nama kami dua la yang jadi FIRNAS tu hehehe...ok jumpa kat topik seterusnya yer...Assalamu'alaikum..!