Saturday, June 25, 2011

Bermulanya Projek Itik Telur

Bismillah...


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah topik kali ni aku nak cerita sikit aku mulakan penternakan itik telur ni. Aku mula contact agen pengedar anak itik telur ni, aku dela nak jumpa dengan apek tu. Lepas aku blk dari keja aku terus pi kat apek tu nak tgk anak itik dan nak tanya kat dia sama pasal pasaran telur itik ni, dari cara dia cerita tu mmg sgt teruja aku dengar hehe ayat dia yg paling best "lu bela itik ni setahun ja, lu hidup senang wooo" hahaha...
pada mulanya aku pi tgk anak itik tu apek tu tawarkan aku harga anak itik betina dgn harga RM4 seekor, pergh mahal gilaaaa, kalau beli 100 ekor dah RM400, tapi aku ckp nak amik byk ekor dia bg la harga RM3.80 tp aku tak kompom lagi bila nak amik anak itik tu sebab aku bukan ada duit lagi masa tu, tp apek tu sangat2 kalut orgnya, ada ka patut dia suruh aku amik hari tu jugak itik tu, mana aku nak cekau duit dah la tempat nak bela itik pon xda lagi.
aku bgtau apek tu, nanti aku ada duit aku oder la, dia mintak aku amik mggu depan (kalut betoi apek ni!!)kau berkeras dgn apek tu, "nanti aku ada duit aku oder laaa!!" apek tu pon ok jer haha...
lepas tu aku mula call kwn aku si Nasir ni, aku ckp nak jumpa dia nak bincang pasal bisnes ni dia ada tapak kalau nak buat projek ni. malam tu kami jumpa dan bincang nak buat projek ni kat tanah mertua dia dan aku mintak dia tanya mertua dia boleh ke x nak buat projek ni kat sana.
keesokan harinya dia msg aku dan bgtau boleh buat projek tu kat tanah mertau dia kat Tualang xjauh la dengan tempat kerja aku.. 
hari jumaat aku cuti, aku pi tgk tapak projek tu, mmg semak giler tapak tu penuh dengan daun2, sampah dan berbagai jenis pokok buah2an. .tgk ni...


 
 


ha tgk tu teruk tak nak kena bersihkan tempat tu...kami pon mulakan kerja membersihkan tempat tu, penat woooo...
nak dipendekkan cerita, aku call member yg keja kat Bank Rakyat, aku nak apply loan sebanyak RM5000 untuk modal permulaan sebab kami plan nak ternak 600 ekor, lepas dah apply loan aku pon comfirm harga dengan apek itik tu, dia dapat bagi harga sekor RM3.60..boleh la tu..aku yakin dalam masa 3 hari loan aku akan lulus. tp apa boleh buat loan aku lambat dapat kelulusan dan apek mendesak aku supaya amik itik kat dia secepat mungkin sbb dia xlarat nak bela dah. aku xda duit camana nak beli kat dia huhuhu..mujur kwn aku pinjamkan aku Rm1000 jd bolehla aku amik 300 ekor dulu itik tu..
lepas kerja aku bawak blk itik tu kat tapak projek, yg sedihnya kami xbuat reban lagi untuk itik2 tu, risau gak sbb itik2 tu masih baby2 lagi..kami sumbat dalam reban sementara yg sangat kecil. ha nila reban tu penuh kedaifan :(...

yang lagi sedih..esok dan sehari selepsa tu hari hujan dan anak itik sudah arwah 4  ekor sebab air masuk dalam reban tu...mmg sedih sbb loan masih xlulus lagi...sedih wooooo...

ok sambung ke topik seterusnya...

2 comments:

Unknown said...

Apa cita seterusnya? Nk tahu

Elly said...

Next apa jadi

Post a Comment